Wednesday 29 May 2013

ceritera aku

its 30th of may guys !! lusa dh masuk baby june :D so now cuty semester lorhh wah wahh .. msty byk en activity kawan-kawan aku buad dgn family dyowg :P like seriously im PRE-U student of ST THERESA walaaaaa .. ta sngka kan .. huhuw .. cuty dua minggu neyhh aku study kat TAYLORS UNIVERSITY LAKESIDE CAMPUS kat USJ ..hee honestly pishangg terokk kowt .. college life was not ROCK .. hahaha APTB .. xp yg est kt campus neyh is foodcourt dy damn awesome doee .. and the international students dy punn damn cute .. seriously tambah-tambah student korea dy .. wahhh bleyhh jd glaaa woo look at their style .. pehh sumpahh macho .. but kt sini English is the first language lha .. firstly terkulat-kulat jgak rr aku nak speaking meaking nim .. hahaha xp xp xp .. foodcourt dy WOWWW gituu .. burger dy pehh awesome .. harga RM6.80 jee xp pehh mmg mantap ahh Yankee Beef/Chicken Burger dy menjady lunch aku everyday .. hahah .. ehh jup yg aku tetibe ckp pasal makanan neyhh knp ??? lahaii .. laparr lhaa plakk .. humm ..

haaaa cerita about fom six .. alaaaa my BFF dah pegi far away from me .. p KULIM :( dy dpat POLI .. humm congrats lhaa yg mna dpt  p sambung blajaq tuu .. aku smbung FOM SIX .. xp xpa lorhh .. geng baru pun best jgak .. heee .. ehh aku dh start merepek kerepek dh :D hahah .. okay okayy got to goo

WECHAT ID: Official_HMM
TWITTER ID: Official_HMN
INSTAGRAM ID: Official_HMN
WHATSAPP : 01112504494

 OKAYY BYE ASSALAMUALAIKUM

Saturday 25 May 2013

Fom 6 lalala

heyy hyeee :PP im backk wehoo ..


lama siott ta blogging .. haa kali neyhh aku na citer bout FORM SIX LIFE haha kau adew ?? aku adew :P like seriously first time dapat memang aku tannak rr .. glerr kau FORM SIX tuu .. gasakk ahh ... soo firstly aku na storyy about perangai gila-gila kawan-kawan FORM SIX kt SMK ST THERESA sekolah aku yg tercinta gila tuu (sebab ada aircond) haha

let me introducing my new friends

Thursday 28 March 2013

krikkk .. krikk .. krikk

haaiii assalamuaikum :)

now aku dh berjinak-II utuk buat recording lagu .. butt cover lagu orang aja lhaa .. first step record suara dulu .. without music .. just voice .. then nanti if aku dah berani baru buat video xD .. seriously banyak gak yg suruh aku buat video .. xp .. aku ta berani dude .. hehe xp insyaallah one day aku akan buat video .. aminnn ...

Friday 22 March 2013

SPM ?? lewls

heyy semalam aku amek RESULT SPM :') ALHAMDULILLAH credit semuanya :) aku mungkin ta dapat bangga kan mak aku dengan STRAIGHT A's xp mak and abah aku tetap bangga sebab ENGLISH aku A yeyy <3 seriously ta sngka gila dpt keputusan mcm tuu .. xp syukran jazilan ..my sis bg BLACKFOREST CAKE <3 nyummnyumm ..sdap okayy .. dy buat sndri jee.. so now my life journey has begin <3 insyaallah if ada rezeki aku akan smbung dlm DIPLOMA BAHASA INGGERIS.. DOAKAN aku keyh <3 heee

okayy lhaa aku jarang on BLOG .. aku rajen ON  FACEBOOK and TWITTER so FOLLOW lha aku :D

okayy lhaa nnt aku update lg ek .. k bye ASSALAMUALAIKUM :)

Thursday 21 March 2013

CINTA HATI SAYAA :)

heyy heyy LOOK UP THERE its him "My Chinta Hati" .. ALHAMDULILLAH da na masuk 49hari bersama :) .. my goshh haha aku tatao na ckp apa about him but satu jaa aku bleyhh ckp yg dy neyhh SANGAT lhaaa MEREGEH .. PERANGAI MACAM BUDAK-II .. PLEASE jgn ambil dy dari akuuu .. :( aku SAYANG GILA-II kat dy :( .. DOAKAN hubungan kami kekal AMINNN!!!!

Setia Hujung Nyawa




Thursday 7 February 2013

LUAHAN HATI AKU


okayy maybe hankk penah bertakhta kat hati aku .. admit sayang hankk lagii .. tapi aku ta dapat trima cara hank kat aku .. skewt gila beb aty aku .. lpas apa yang aku buad kt hankk cm neyy hankk balas kat aku .. sungguh ta sngka kowt .. suma sebab adk angkat hankk .. aku BENCI kat adk angkat hankk ... sebab dy hubungan kita musnah .. sapa aku bagi hankk ?? hank janji tamao tinggai aku tapi hankk tinggai gak ! wo hen ni !!! shende hen ni !!

knpa aku luah kt blog ?? sbb aku tau blog aku ta bnyk viewers .. aku EGO tamao gtau aku syg lgi kt hankk .. xp ntah lhaa stiap kali aku na gtau hankk aku syg hankk mesti kepala aku pikiaq blik apa hankk buad kat aku .. hmm ntah lha weyhh aku tatao na ckp apa dh ..


Harapan hatiku ingin hidup bahagia
Tetapi mengapa sering saja hati ini diluka
Baru ku cuba nak bercinta lalu engkau pun buat angkara
Mengapa mesti aku yang menjadi mangsa

Harapan untuk kekalan hanya tinggal igauan
Walaupun telah aku bertahan tapi apa kan daya
Retak akhirnya kasih kita tanpa ku tahu apa punca
Mudah benar kau mematah dahan asmara

( korus )
Sampai bila harus diri ku begini... oh kekasih
Sampai bila mesti kau dera hatiku
Dimanakah janjimu yang kau tabur dulu
Sebelum kuserahkan cinta
Betapa... hancurnya hatiku

Siapa yang ganggu hatimu
Siapa yang rampas cintamu
Katakan padaku biarlah jelas segalanya
Siapa yang sedang kau sayang
Siapa yang sedang kau buru
Berterus teranglah dari kau terus menyiksaku


Sunday 3 February 2013

PETUA MENCARI CALON SUAMI YANG BAIK



  • Pilih yang baik dan beragama
    Agama tersangat penting kerana ia mendidik kita untuk menjadi insan yang lebih baik. Kalau takde agama, takdalah pegangan dalam hidup, kan?
    Nak didik anak bini pun susah. Lelaki yang beragama ni bukan sahaja boleh memimpin dirinya sendiri, tetapi dia juga boleh menjadi pemimpin yang baik kepadaisteri dan anak-anaknya. Jadi sebelum melihat kriteria-kriteria lain, lihatlah dulu pegangan agamanya,lihat boleh tak si dia membimbing kita ke jalan yang betul kelak.
  • Cari yang sabar dan penyayang
    Semasa tengah berdating, mungkin anda dah boleh nilai perangai teman lelaki anda kan? Penyabar ke atau pemarah?
    Cuba uji misalnya berpura-pura buat benda yang dia tak suka ke, masa tu la nak tengok dia melenting ke tak. Kalau dia marah faham-faham la mungkin si dia ni panas baran.
  • Jangan nilai pada rupa
    ‘Don’t judge a book by it’s cover’. Ataupun jangan nilai buku melalui kulitnya saja! Sebab kecantikan luaran ni sementara sahaja. Mungkin rupa si dia ni macam rupa orang pecah rumah, tapi mungkin hatinya baik.
    Kalau muka tu hensem macam Tom Cruise, tapi perangai tak senonoh, nak buat apa, kan? Ingatlah nanti kalau kita dah tua, muka kedut pun sama-sama kedut.
  • Hormat orang tua
    Sememangnya kita nak calon suami yang bukan saja taat pada mak ayah dia sahaja, tapi juga hormat pada orang tua kita, kan?
    Jadi, kalau si dia datang ke rumah, perhatikanlah tingkah laku dia pada mak bapak kita pula. Dia hormat ke atau kurang ajar, lihat bagaimana cara dia mengambil hati mak & ayah kita.
  • Cari yang boleh mendengar dan mendidik
    Penting ni sebab kalau kita ada masalah, ada jugak insan yang sudi mendengar luahan hati kita.
    Bukan tu sahaja, kalau ada benda yang kita tak tahu, si dia juga boleh mendidik kita khususnya dalam bab-bab agama selepas kahwin.
  • Lihat pada keluarga dia
    Ini biasanya dipraktikkan masa zaman mak ayah kita dulu. Masa nak cari jodoh untuk anak-anak diorang, mereka akan ‘melihat’ pada keluarga si lelaki dulu. Kalau semuanya baik-baik sahaja, dapatlah green light. Seperti kata pepatah “ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi”.
    Mak Ayah kitalah juga yang membentuk kita untuk jadi insan yang berguna atau tak satu hari nanti. Tapi ada jugak yang mak bapak kurang baik tapi dapat anak yang baik. Jadi nilailah betul-betul sebelum membuat keputusan untuk memilih calon suami.
  • Pilih yang (ikhlas) sayang kat kita
    Maksudnya pilih lelaki yang betul-betul sayang pada kita. Jangan pula pilih lelaki yang kita sayang tapi si dia pulak buat endah tak endah sahaja dekat kita.
    Ada jugak situasi di mana si lelaki ni berpura-pura sayang dekat si gadis kerana hanya nak main-mainkan dia. Jadi, kalau anda di dalam situasi di mana anda perlu pilih di antara lelaki yang anda sayang dan lelaki yang sayang pada anda. Sebaik-baiknya pilihlah pilihan lelaki yang sayang pada anda.

HUKUM MELETAKKAN PATUNG PERHIASAN DI RUMAH


Sebagai umat Islam yang mengesakan Allah swt, sepatutnya menjadikan Al-Quran, Al-Sunnah, Ijmak dan Qiyas ulamak sebagai pegangan hidup, supaya perjalanan hidup tidak akan tersesat jauh dari kebenaran Islam. Inilah yang dikatakan masalah kejahilan umat Islam sekarang ini yang dikenali sebagai Islam liberar atau sekular yang menjadikan tamadun atau budaya kehidupan barat sebagai idola atau cara kehidupan mereka tanpa menghiraukan perkara yang halal dan perkara yang haram.
Sepatutnya sebagai umat Islam wajiblah peka dengan semua perkara yang halal dan haram, supaya pendidikan keluarga atau dirinya sentiasa berada dalam jalan yang benar. Jadikan Islam sebagai cara hidup yang jelas, Islam itulah agama yang membawa keselamatan dan kebahagiaan kepada semua umat di dunia ini.
Masalah meletakkan patung di rumah seperti yang ditanyakan oleh sahabat blogger saya di page tanyalah ustaz blog ini. Terlebih dahulu saya datangkan beberapa dalil yang mengharamkan patung perhiasa di rumah. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke sebuah rumah yang di dalamnya ada patung”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang non muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah saw yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan : “Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Allah melaknat dengan seksaan yang sangat berat kepada orang yang membuat dan meletakkan patung perhiasan dalam rumah dengan tujuan ingin mencantikkan rumah, menunjuk-nunjuk, kononnya kreatif, kononnya mampu membeli, bermegah-megah kerana mampu buat perkara yang haram atau sebagainya. Ini jelas dan dalil hadis yang terdapat di atas ini adalah merupakan dalil yang qat’i dan sahih tanpa dapat dipertikaikan lagi kesahihan hadis tersebut.
Tiada alasan kepada orang-orang yang jahil mengatakan ada pendapat ulamak yang membolehkan dan ini merupakan masalah kontemporari atau 1000 alasan sekalipun untuk membolehkan perbuatan ini. Orang yang pandai-pandai merubah hukum yang telah di tetapkan oleh Allah dan Rasul, maka Allah akan memasukkan orang tersebut ke dalamneraka Allah.
Tidak salah orang yang menyimpan patung mainan anak-anak mereka di rumah. Rasulullah mengahwini Aisyah semasa umur 9 tahun. Rasulullah meletakkan patung mainan kepada Aisyah sebagai alat permainannya sewaktu Baginda tiada di rumah. Patung mainan ini bermaksud, patung yang dijadikan mainan anak-anak, bukan diletakkan di dalam cermin sebagai perhiasan. Patung mainan tersebut tidak dihormati dan dimuliakan.
Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.
Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati.
Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya. Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap :
“Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka :
“Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sepanjang zaman patung merupakan kebanggaan kaum borjuis. Istana dan bilik mereka dipenuhi dengan patung-patung yang beraneka bentuk dan bahan. Islam yang memerangi kemewahan, seperti emas, perak dan kain sutera, juga mengharamkan symbol kemewahan lain yakni patung di rumah orang muslim.
Kesimpulannya
Patung hiasan yang diletakkan di rumah orang-orang muslim adalah haram berdasarkan dalil-dalil yang diberikan di atas, sebenarnya banyak lagi dalil yang mengharamkan perbuatan meletakkan patung hiasan di rumah muslim. Begitu juga dengan masalah orang yang meletakkan gambar yang bernyawa di rumah mereka sebagai hiasan.
Sebagai orang yang beriman kepada Allah dan Rasulnya, jauhilah dari melakukan perbuatan yang jelas di larang Allah, kerana orang yang tidak melakukan dosa dan melanggar larangan Allah akan diberikan ganjaran yang sangat besar dari Allah.

USTAZ AZHAR IDRUS HUKUM MELETAKKAN PATUNG PERHIASAN DI RUMAH

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah SAW bersabda :
“Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan seumpamanya; kenderaan yang menyenangkan hati”.
Manakala dalam surah an-Nahl (80), Allah SWT berfirman :
“Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”.
Oleh itu dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung. Ini kerana dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan seumpamanya : Muslim, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”.
Rasulullah sangat menegah umatnya meletakkan patung di dalam rumah mereka, kerana Malaikat tidak masuk ke dalam rumah orang tersebut untuk memberikan rahmat, kerana rumah yang meletakkan patung sebagai perhiasa ini seolahnya sepertimana rumah orang bukan muslim yang meletakkan berhala di rumah mereka. Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Sesungguhnya manusia yang paling berat seksaannya kelak di hari kiamat adalah orang-orang yang membuat patung-patung itu”. Dalam riwayat lain dikatakan :
“Orang-orang yang menandingi ciptaan Allah”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanya.
Kadang kala terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas, namun pada zahirnya kelihatan tenang, cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung hiasan dan seumpamanya.

CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut atau apa-apa yang sewaktu dengannya.
Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail AS memasuki rumah Rasulullah SAW kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.
Hari berikutnya pun Jibrail AS tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad “Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok. (Riwayat Abu Daud, Nasai, Termizi dan Ibnu Hibban)
Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan. Bagaimanapun, patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka.

TIDAK BERNYAWA

Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan atau benda yang tidak bernyawa.
Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya.
Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yang memperagakan auratnya untuk tatapan umum atau gambar orang kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah SWT.
Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan atau timbul perasaan memuja mereka.
Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan, kelebihan ilmunya. Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh.
Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga atau haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan.

SEKSAAN HARI KIAMAT

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat dari emas, perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan sifat sombong, riak, ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya.
Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri atau wujudnya perbezaan dan jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin.
Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya yang akan di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan.
Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah. Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan.
Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat. Sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran, memahat patung ini”.
Dalam satu riwayat diterangkan :
“Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu”.
Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan satu seksaan dan penghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh.
Menurut Dr.Yusuf Al-Qardawi dalam kitabnya Halal dan Haram Menurut Perspektif Islam mengatakan bahawa :
Diharamkannya patung adalah demi menjaga kemurnian tauhid, supaya mereka tidak sama dengan kaum musyrik yang membuat patung sendiri kemudian disembah, bahkan dengan sangat khusyuknya. Walaupun ini bukanlah satu-satunya alasan.
Dilihat dari dimensi pematung, pematung menjadi angkuh, seolah-olahnya dia boleh menciptakan sesuatu yang semula tidak ada atau mencipta makhluk hidup dari benda mati. Diriwayatkan ada seorang pematung yang sudah bertahun-tahun membuat sebuah patung. Setelah selesai, dia begitu terpesona dan tergila-gila dengan lekuk-lekuk tubuh patungnya.
Dengan angkuhnya dia mengajak patungnya bercakap :
“Marilah bercakap. Mari bercakap!!! Oleh itulah, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya orang-orang yang membuat patung-patung ini kelak di hari kiamat akan diseksa dan dikatakan pada mereka :
“Hidupkan apa yang telah kalian ciptakan”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

PETANDA SESEORANG MEMPUNYAI SAKA

Gejala waktu tidur

Susah tidur malam.
Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
Berdiri dan berjalan ketika tidur.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
Mimpi melihat budak kecil.
Mimpi melihat salib atau gereja.
Merintih dan menangis ketika tidur.

Gejala waktu jaga

Selalu pening kepala.
Lalai mengingati Allah SWT
Sering lesu dan malas.
Rasa sakit di salah satu anggota badan.
Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
Lenguh sendi-sendi utama.
Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
Mudah marah dan panas baran.
Emosional dan terlalu sensitif.
Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

BUDAYA COUPLE DI MALAYSIA

Melangkah ke alam universiti, teman yang dulu sama-sama tidak pernah bercouple akhirnya bercouple juga. Saya ingat lagi kata-kata teman baik saya apabila saya bertanya, “seronok ke couple ni?”

Dia menjawab, “tak best pun, buat tambah dosa adalah.”
Pelik juga saya mendengar kerana di zaman sekolah dulu kami pernah sama-sama menyimpan angan-angan untuk bercouple. Apabila dia yang terlebih dahulu bercouple, saya menganggap yang dia sudah terlebih dahulu matang daripada saya.
Teman baik saya yang pernah menyatakan ‘tak best pun couple, buat tambah dosa aja’- kini dialah yang paling galak bercouple. Selepas putus dengan seorang dia menyambunghubungan dengan seorang lagi. Dia sendiri mengaku yang dia tidak boleh ‘single.’ Alasan diberi setiap kali saya menegur, dia perlukan seseorang yang sentiasa ada setiap masa untuk mendengar ceritanya sehari-hari, dia perlukan telefon yang sentiasa berbunyi 24 jam (sindrome ketika bercinta), dia perlukan teman yang setia menemaninya ke sana ke mari.
Jika itu semua tiada, hidupnya terasa kosong. Kadang kala kasihan pula saya melihat dia sibuk mengejar cinta lelaki-lelaki ini. Sudahlah masa terbuang, wang ringgit juga turut terkorban dengan aktiviti ‘dating.’ Itu belum lagi termasuk beberapa siri ‘heartbroken’ apabila beberapa kali dia dikecewakan cinta lelaki.
Bagi saya, Allah telah memberikan petunjuk kepada teman saya sejak awal lagi dengan mengurniakan rasa ‘bersalah apabila bercouple.’ Tetapi apabila dia tidak mengendahkan rasa itu, akhirnya rasa itu akan lenyap dan pada akhirnya dia menjadi seperti seorang penagih yang ketagih pada perhatian lelaki yang bergelar kekasih.
Kini, saya mula berfikir alangkah baiknya saya mempunyai sifat malu yang sangat tinggi pada jantina berlainan (sifat itu masih kekal hingga kini). Ketika orang lain bangga bercouple, saya bangga menyatakan saya tidak pernah bercouple, malah saya tiada kawan lelaki, hanya kenalan lelaki saja. Jika dulu saya rasa sifat malu ini adalah kelamahan saya, kini saya tahu itu adalah kekuatan saya. Syukur tidak terhingga saya panjatkan kerana Allah mengurniakan sifat malu sebagai perisai diri saya.
“Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: ‘Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu.” – (HR Bukhari)
Kita sering mendengar di barat, mereka yang tidak pernah melakukan hubungan seks sebelum berkahwin dianggap kolot. Seks bagi mereka adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan tidak kira sama ada di dalam lingkaran perkahwinan atau tidak.
Kita di Malaysia pula, sesiapa yang tidak pernah bercouple dikatakan kolot. Couple bagi kita adalah sesuatu yang lumrah, suatu keperluan untuk mengenali seseorang sebelum berkahwin. Bagi remaja yang belum terfikir pun untuk berkahwin, couple adalah untuk memenuhi naluri yang sentiasa ingin menyayangi dan disayangi oleh jantina berlainan tidak kira sama ada di dalam lingkaran perkahwinan atau tidak.
Dalam hati saya terdetik apakah kita satu langkah ke belakang saja sebelum menjadi seperti mereka di barat? Apabila couple tidak lagi dianggap satu kesalahan, mungkinkah suatu hari nanti seks sebelum berkahwin juga akan dianggap sesuatu yang lumrah bagi kita di sini?
Jangan menganggap sesuatu perkara itu betul hanya kerana orang di sekeliling kita melakukannya, kerana cerita di televisyen memaparkannya, kerana novel-novel cinta mengungkapkannya, kerana orang-orang yang kita sanjung melakukannya, kerana ibu bapa membenarkannya. KPI kita bukan manusia tetapi ALLAH swt. Kejar cinta Alllah dahulu sebelum kita mengejar cinta manusia. Isikan hati yang kosong dengan Allah, nescaya Allah tidak akan pernah mengecewakan kita berbanding dengan manusia yang serba lemah.
Semoga Allah terus memperteguhkan hati saya dan hati mereka-mereka yang tidak pernah bercopule untuk terus menjaga diri, menjaga hati sebelum sampai jodoh yang telah ditetapkanNya. Semoga mereka yang masih lagi leka dengan dunia couple mendapat hidayah untuk berhenti melakukan perkara yang kita rasakan dapat mengeratkan hubungan kita dengan kekasih hati kita (keluar berdua-dua setiap hari, berbual di telefon setiap malam, berjanji bulan dan bintang, makan bersuap, jalan berpegangan), tetapi tanpa kita sedar semakin menjauhkan diri kita denganNya sedangkan kasih Ilahi lah kasih yang paling utama.

Monday 21 January 2013

AKU DITIPU LAGI

Sudah sampai waktu akan ku bawa diri..
Jangan ku dirayu jangan kau menahanku..
Cukuplah cukup masa yang ku berikan..
Masih jua kau curang padaku..

Aku pun kau cinta.. dia pun engkau cinta..

Tinggallah diriku tak perlu lagi jumpa..
Pergilah pergi kau kepadanya.. ha ha..
Biarlah aku pun begini..
Ku ku ditipu lagi..

Sakit sakit sakitnya hati..

Sedih sedih jiwa merana.. aaaa..

Aku ditipu lagi.. aku ditipu lagi..

Pergilah engkau pergi.. benci aku benci.. oooo..
Aku ditipu lagi.. aku ditipu lagi ..
Pergilah engkau pergi..
Benci aku benci memandangmu..

SMS pun jangan.. BBM pun jangan..

Jangan hubungi ku lagi..
SMS pun jangan.. BBM pun jangan..
Facebook pun aku tak sudi.. ohh..

Aku pun kau cinta.. dia pun engkau cinta..

Tinggallah diriku tak perlu lagi jumpa..
Pergilah pergi kau kepadanya.. ha ha ..
Biarlah aku pun begini..
Ku ku ditipu lagi..

Sakit sakit sakitnya hati..

Sedih sedih jiwa merana.. aaaa..

Aku ditipu lagi.. aku ditipu lagi..

Pergilah engkau pergi.. benci aku benci.. oooo..
Aku ditipu lagi.. aku ditipu lagi..
Pergilah engkau pergi..
Benci aku benci memandangmu..

SMS pun jangan.. BBM pun jangan..

Jangan hubungi ku lagi..
SMS pun jangan.. BBM pun jangan..
Facebook pun aku tak sudi.. ohh..

Tuesday 8 January 2013

the one who i love so much after my family

okayy .. lets me introduce him .. he is my boyfriend .. Edy for the short :) i love him so much .. we get couple in 28th of December 2012 .. new right ?? haha we accidently met at Waplog which is social networking .. firstday we met is the day we couple .. i dont know why i accept him to enter my life .. haha mybe its was the fate that he will be mine .. INSYAALLAH .. actually we always argue for tiny things such as FACEBOOK .. CHATTING .. well im the JEALOUSY QUEEN .. well mybe im scare to lose my lovely one .. humm 

 okayy now is my FREND FOR LIVE i really LOVE her as my frend :) she the one who make me smile and laugh .. feel like HEAVEN when HANGOUT with her .. seriously ILOVEYOU AWATIF <3




THANKS READING :) ANNYONG & ASSALAMUALAIKUM

© 2013

Thursday 3 January 2013

TODAYY STORYY .. MISS DEHH

heyy guys .. whats up ??

goshh lama gila ta update blogg :D busy keyhh .. haa apa cer skrg ?? korg wtpe ?? aku goyang kaki jerr kt umahh .. tunggu result keluar then PLKN pnggil :P

okayy actually aku tatao na merepek apa :D .. sorry mereben sikitt ..
well biasa lhaa kan aku kan kuat mereben :P ..

kak aku ckp dy nk kasi aku keja :D .. well dh tgk aku ta buat apa jaa kan :P tugas aku update blog onlineshop ktowg :D bulan-II dpt jgk income kann .. heee sooo pas neyhhh aku akn mkin busy dehhhh hahahahaha .. okaayyy lhaaa na chow na g GIANT with my SUPERMOM and SUPERSISTERS :)

daaaa..

ASSALAMUALAIKUM